Kongsi Gambar Tunang, Ramai Puji Kacak Mirip Fattah Amin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selepas hampir tiga bulan mengikat tali pertunangan akhirnya pelakon Elfira Loy kini nampaknya lebih senang berkongsikan wajah tunangnya, Faris Anuar di media sosial.

Baru-baru ini Elfira ada memuat naik foto bersama tunangnya ketika menghadiri majlis perkahwinan aktor Indonesia, Baim Wong di Jakarta, Indonesia. Menerusi gambar tersebut, Elfira kelihatan cantik memakai gaun merah jambu disisi pasangannya yang segak bersut hitam

Rata-rata netizen menyukai pasangan ini yang dilihat sama cantik sama padan. Tidak kurang juga ramai yang memuji wajah kacak tunang Elfira yang dikatakan mirip pelakon Fattah Amin.

Namun seperti sudah dijangka, masih ada segelintir netizen cuba mengaitkan bekas kekasih Elfira, Sufian Suhaimi dalam ruangan komen.

Selain itu, ramai yang mendoakan agar jodoh mereka ke jinjang pelamin dan berkekalan. Apa pun, ramai peminat tumpang gembira melihat Elfira yang kini bahagia dengan teman baru.

Sumber : Rotikaya