Korea Selatan Bida Tuan Rumah Piala Asia 2023

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SEOUL – Korea Selatan akan membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 susulan keputusan China menarik diri sebelum ini, kata Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), hari ini.

China sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu pada Jun dan Julai tahun depan tetapi usaha negara itu untuk mematuhi dasar sifar COVID-19 menyebabkan saingan membabitkan 24 pasukan itu perlu dianjurkan di negara lain.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuka bidaan menganjurkan Piala Asia 2023 bulan lalu dengan menyatakan pihak berminat mesti mengesahkan bidaan mereka selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.

“Persatuan Bola Sepak Korea membida untuk menganjurkan Piala Asia AFC 2023 yang dihoskan oleh AFC di Korea,” kata KFA menerusi kenyataan di laman web mereka.

“Oleh kerana itu, kami ingin meneruskan bidaan daripada kerajaan tempatan yang mempunyai stadium yang boleh menganjurkan aksi antarabangsa.”

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyokong penuh untuk menganjurkan kejohanan itu dan sudah mengarahkan menteri sukannya untuk memastikan mereka memperoleh hak penganjuran.

Sumber: BERITA HARIAN