Kuantan Catat Penurunan Kes Demam Denggi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kuantan merekodkan penurunan kes demam denggi sebanyak 88.2 peratus berbanding 2,028 kes dalam tempoh 11 bulan yang sama tahun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Husin berkata, pengurangan kes denggi disebabkan aktiviti pembelian barangan terpakai menerusi ‘trash to cash’ yang dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama MBK.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Husin

Menurutnya, pembelian barangan terpakai itu telah menyebabkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan mereka dapat dihapuskan.

“jika sebelum ini banyak barangan terpakai yang tidak diurus dengan baik dan ini antara punca peningkatan demam denggi di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

YH. Dato’ Hamdan berkata, pihaknya sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi pemeriksaan secara berkala di seluruh Kuantan ini bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Jelasnya, setakat 20 November lalu, sebanyak 15,220 premis telah diperiksa membabitkan premis barangan lusuh; kedai tayar, premis kediaman, kediaman terbiar, tapak pembinaan, kompleks perniagaan, kawasan industri, tanah lot kosong dan kereta terbiar.

Sumber: PAHANGMEDIA