KE UDARA

JADI DIRI SENDIRI (KUN ANTA VERSI INDONESIA) (BARU)

HUMOOD ALKUDHER
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kuasa V!ral! Anak Tweet Ayah Sedih Kedai Donut Mereka Tak Ada Pelanggan, Tak Sangka Dalam Beberapa Minit Ini Yang Berlaku…

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Inilah yang orang katakan sebagai kuasa v!ral! 

Baru-baru ni, seorang anak memuat naik posting di Twitter menunjukkan wajah sedih ayahnya apabila kedai donut yang dibuka mereka tak ada pelanggan meskipun hari tersebut merupakan ‘grand opening’ bagi kedai itu.

Namun disebabkan tweet ringkasnya itu menyentuh hati para netizen, tiba-tiba je kedai Billy’s Donut yang terletak di Missouri City, Texas ni jadi v!ral dan dipenuhi pelanggan ramai. Wow! 

“Donut kami sold out! Anda semua memang hebat!” 

Billy By, pemilik tweet tersebut tak menyangka postingnya tiba-tiba jadi viral dan ramai netizen menunjukkan support mereka dengan berkunjung ke kedai itu sehingga kesemua donut dan kolaches (sejenis manisan) habis dijual.

Sumber: Twitter

Dia kemudian memuat naik ucapan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sanggup berkunjung ke kedainya dan membeli donut yang dijual ayah. Baginya, sokongan ini sangat berharga buat keluarganya

Awww sedih pulak admin! Dah kembali senyum ayahnya…. 

“Seronok tengok ayah awak tersenyum dan gembira”  

Rata-rata netizen yang sudah berkunjung ke kedai Billy’s Donut beri respon positif akan donut yang dijual di sana serta layanan keluarga Billy terhadap pelanggan. Ramai jugak yang happy dapat tengok wajah ayah Billy yang kini sudah tersenyum lebar.

Sumber: Twitter

Benda macam nilah viral baru bagus kan? Kalau kat Malaysia ni, admin pun dah lama pergi. Nampak sedap donut dia! 

Sumber: Khalifah Media

Terkini | Popular