SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Lagi Masjid Di Terengganu Ditutup, Jemaah Positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebuah lagi masjid di Terengganu ditutup selama tiga hari bagi proses sanitasi bermula hari ini setelah jemaah yang menunaikan solat di masjid berkenaan disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berkata, Masjid Nasiruddin Shah yang terletak di Kampung Raja, Besut itu diarahkan untuk ditutup selama tiga hari bermula hari ini sehingga 18 November depan bagi kerja-kerja sanitasi.

“Pihak kami dimaklumkan terdapat kes positif Covid-19 yang telah disahkan pada 15 November. Pesakit ini dikenal pasti telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Nasiruddin Shah pada 13 November lalu. Keputusan penutupan sementara ini dibuat bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit berjangkit di samping memudahkan proses sanitasi di seluruh kawasan masjid,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Dalam perkembangan berkaitan, Mat Azmi berkata, solat fardu dan solat Jumaat dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti masjid dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, bagi masjid dan surau yang berada di zon merah, solat fardu lima waktu berjemaah dibenarkan untuk tiga orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid secara bergilir-gilir, manakala solat Jumaat tidak dibenarkan sama sekali. – SINAR HARIAN

Terkini | Popular