SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Lebih 50 Menara Telekomunikasi Baharu Akan Dibina Di Cameron Highlands

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

CAMERON HIGHLANDS : Lebih 50 menara baharu bernilai lebih RM200 juta akan dibina di Cameron Highlands bagi menaiktaraf capaian internet di kawasan pusat pelancongan berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa berkata ini merupakan aspirasi daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“…untuk menjadikan Negeri Pahang secara keseluruhannya di mana sekarang ini di kalangan negeri-negeri di Semenanjung, Negeri Pahang dari segi peratusan secara relatifnya rendah.

“Dan ini untuk memenuhi aspirasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan kebetulan Cameron Highlands juga adalah bahagian yang dipimpin sendiri oleh beliau tapi kita juga melihat seluruh Pahang.

“Seluruh Pahang bila kita semak didapati ia agak rendah sendikit daripada average peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat melawat Kampung Orang Asli Pos Telanok di sini.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Noor.

Menurut beliau lagi, YAB Menteri Besar Pahang juga menginginkan capaian liputan internet di negeri ini setara dengan negeri lain.

“YAB Menteri Besar Pahang mahu Pahang ini diberikan liputan perkhidmatan yang tak kurang daripada mana-mana negeri di Malaysia.

“Dan Ahli Parlimen (Cameron Highlands), YB. Tuan Ramli menyebur mengenai perkara ini di Parlimen berkali-kali terutamanya bagi masyarakat Orang Asli.

“Jadi Kementerian merasakan bertanggungjawab untuk memenuhi harapan YAB Menteri Besar dan YB Ahli Parlimen di sini,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA