Lebih 700 orang Hadir Mega Raya TEKTRA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Program Jom Alumni Mega Raya Tektra 2023 anjuran Sekolah Menengah Teknik Terengganu berjaya menarik kehadiran hampir 800 orang.

Pengetua Sekolah Menengah Teknik Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mega Raya TEKTRA bersama Alumni, Ustaz Ibrahim Ismail berkata program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh sekolah ini yang menggabungkan di antara alumni dan para pelajar.

“Dalam masa yang sama program ini kita libatkan sama dengan bekas guru-guru, bekas anggota khidmat sokongan yang pernah berkhidmat daripada sekolah ini semenjak tahun 1976”.

“Untuk kehadiran hari ini, kita telah menerima persetujuan daripada guru-guru dan bekas-bekas pekerja di sekolah menengah teknik lebih kurang 51 orang dan alumni setakat ini yang telah buat persetujuan untuk hadir lebih kurang dalam 200 orang”.

“Jadi keseluruhan hari ini kita ada lebih kurang dalam 700 hingga 800 orang untuk perjumpaan Mega Raya ini”, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jom Alumni Mega Raya Tektra di Dewan Teknokrat, SM Teknik Terengganu.

Tambah beliau, program yang julung kali itu dalam perancangan untuk dijadikan sebagai program dwi-tahunan bagi Mesyuarat Agung peringkat Alumni dan terus diadakan dengan Majlis Hari Raya.

Beliau turut berharap dengan penggabungan fungsi alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat membantu pihak sekolah dalam mewujudkan kemenjadian pelajar -pelajar Teknik Terengganu supaya menjadi pemimpin di masa hadapan.

– UNIT BERITA MANIS FM