KE UDARA

Cinta Gunawan

Iwan
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Lelaki Mudah Jatuh Cinta Pandang Pertama?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Adakah anda percaya dengan cinta pandang pertama? Namun tidak ramai yang percaya kerana mereka merasakan ianya hanya berlaku di dalam drama sahaja.

Namun kajian baru-baru ini mengesahkan, antara lelaki dan wanita, kaum lelaki lebih mudah jatuh cinta pandang pertama berbanding wanita.

Kajian yang dilakukan oleh pakar Antropologi Biologi di Amerika Syarikat mengesahkan kenyataan tersebut.

Kajian yang dilakukan ke atas 80,000 orang di dunia mendedahkan 48 peratus lelaki lebih mudah jatuh cinta, pada pandangan pertama, tetapi wanita hanya 28 peratus.

Menurut penyelidik, wanita lebih berhati-hati berbanding lelaki. Lelaki akan melihat fizikal wanita terlebih dahulu berbanding hati budi seseorang.

Wanita pula meletakkan fizikal sebagai pilihan kedua dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk memilih pasangan.

Sumber: Hanasuva

Terkini | Popular