Lima Tahun Melawan Sakit Kanser Tapi Masih Aktif Bersukan

Facebook
Twitter
Google+

Kisah seorang pemuda yang disahkan menghidapkan kanser darah tahap tiga wajar dijadikan inspirasi oleh para penghidap kanser. Sakit tidak menjadi alasan bagi beliau untuk membabitkan diri dalam aktiviti sukan ekstrem seperti mendaki gunung, menyelam skuba, dan mengembara.

Hampir lima tahun melawan sakit, beliau tidak menjadikan sakitnya itu sebagai penghalang untuk menikmati sisa hidup yang masih ada. Kisah beliau wajar dicontohi oleh orang ramai untuk tidak berputus asa dengan ujian yang diberikan Tuhan.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan nafas kepada para pembaca untuk lebih bersemangat menempuh kehidupan seharian sebagai seorang pejuang.

[Sembunyi Sakit Dalam Sehat]

Life is so precious and short to be wasted..

July 25 2014
Hari bersejarah dalam hidup aku itu lah permulaan aku dalam dunia cancer.. Ogos 2014, aku ambik kimo jenis ABVD 6 cycle..

Mac 2015 semua rawatan aku selesai, Mei 2015 keputusan pet scan menunjukkan cancer aku dah hilang “tak semistinya pulih sepenuhnya”

Jan 2016 selepas biopsi cancer aku aktif semula tapi aku tanguhkan rawatan kimo ke april 2016, masa tu aku ambik kimo jenis ICE 6 cycle.. kesan die lebih kuat dari ABVD alhamdulillah aku boleh tempuhinya..

Selepas selesai 3 cycle sepatutnya aku buat stem cell transplan, ni antara rawatan penghapus sel-sel cancer (basa mudah).

sebelum meneruskan rawatan, aku ubah perjalanan hidup kepada #MisiJelajahSemenanjung 13 hari RM13 ringgit.. Alhamdulillah misi berjaya selepas habis misi jelajah semenanjung, aku dapat sponser tiket dari Air Asia untuk #JelajahBorneo jadi aku teruskan misi aku dengan wang saku RM15 dalam 3 minggu perjalanan..

Oct 2016 aku sambung rawatan stem cell transplan masa ni aku kena jangkitan silang yang agak teruk n paling teruk dalam sejarah hidup sehingga mengalirkan air mata macho 😂 menahan kesakitan yang teramat sakit sepanjang sakit tu yang paling sakit 😅 Selepas 6 bulan semua kembali normal..

2017 aku aktifkan diri dengan sukan extrem, hiking, camping, squba dive, traveling n etc.. Kebanyakkan sukan extrem sangat mahal maka aku cuba slow talk dengan penganjur untuk pengecualian bayaran.. If tak dapat pengecualian dapat pengurangan pon dah memadai hakikatnya masih banyak sukan extrem aku tak mampu nak teruskan sebab kos yang sngat tinggi seperti sky dive..

Ogos 2017 aku berjaya dapatkan lesin squba dive, selepas tu aku sambung misi #JelajahBorneo berbekalkan RM1 bermula dari Tawau Sabah hingga ke Kuching Sarawak merentasi Wilayah Labuan, negara Brunei dan Indonesia..

Sep2017 semua misi selesai aku kembali ke hospital buat biopsi dan result mengesahkan sel cancer aku aktif kembali.. aku tak kesah dengan sel cancer yang aktif, bagi aku cancer tetap sahabat aku.. Masa ni aku tak publickan tahap kesihatan sebab aku taknak orang simpati dengan perjalanan aku..

Nov 2017 aku menangguhkan rawatan kimo pada Jan2018 docter benarkan atas faktor kesihatan aku masih normal..

Dec 2017 aku dapat peluang hiking di gunung kinabalu.. Jika aku nak teruskan misi, aku kena tangguhkan rawatan kimo untuk habis misi Hiking Akinabalu..

Jan 2018 aku kembali ke hospital ampang bincang dengan special list untuk tangguhkan rawatan kimo hingga mac 2018 sekali lagi docter benarkan atas faktor kesihatan..

Feb 2018 aku teruskan misi Hiking Akinabalu dan #JelajahSabah#JelajahLabuan dengan #Misi60sen.. Setiap tahun perjalanan misi aku sangat berbeza dan kali ni misi aku lebih kepada ujian mantel dan fizikal..

Maka aku ambil peluang untuk hiking di kawasan sabah dan labuan Alhamdulillah aku dah berjaya tawan puncak teritinggi Asia Tenggara di kinabalu dan puncak kedua teritinggi di Malaysia Gunung Trus Madi (kedua extem di sabah) dan banyak lagi gunung dan bukit yang aku tak senaraikan di sini sebab terlalu panjang untuk di taip..

Last sabtu baru ni aku hiking Gunung Berlumut di Kluang Johor, aku masuk ward pakai bag hiking sebab aku belum balik umah lagi tadi gerak dari johor terus masuk ward di ampang..

15 Mac 2018 Hari ini aku dengan rela hati tampa paksaan dari mana pihak meneruskan rawatan kimo terapy selepas dua kali sel cancer aktif..

Selalu kamu jumpa orang sekali kena cancer atau sekali relaps dah rasa nak mati tapi aku dah dua kali relaps relax ja siap g hiking gunung kinabalu n round sabah n labuan lagi 😅

Aku bukan nak cerita macam mana aku sakit, macam mana ambik rawatan, tapi aku cerita pada masyarakat macam mana aku hargai kehidupan yang ada untuk lakukan aktiviti seperti orang normal biarpon aku seorang pesakit Cancer Darah Tahap 3 yang orang fikir tahap 3 atau 4 adalah orang yang tiada harapan atau tunggu masa nak mati..

Aku tak suka orang panggil Tuan, Encik n pandang aku sebagai IDOLA tapi cukup pandang aku sebagai budak kampung biasa yang mampu memberi inspirasi dan membakar semangat orang lain dalam meneruskan kehidupan…

Sekarang aku di Hospital Ampang ward 8b bed 17 mungkin hari sabtu dah boleh pulang.. pada sapa berhajat nak ziarah dan dengar aku membebel datang time aku masih di hospital jika aku dah keluar wad aku rasa nak rehat je 😁

Sebenarnya sepanjang 2017-2018 ni aku dah lupa semua tentang kesakitan yang aku alami.. Selepas aku masuk hospital dan pakai unifom warna hijau dengan drip di dada baru aku perasan sebenarnya aku tetap seorang pesakit cancer darah tahap tiga..

Aktiviti aku lakukan membuat aku lupa tentang semua kesakitan aku lalui dan semua aku lakukan adalah untuk menutup kesakitan yang aku lalui..

Masa kita sehat tunjuk yang kita sehat masa kita sakit tunjuk yang kita sehat.. Bukan simpati di pinta tapi cukup dengan doa yang tak didengari..

Korang jangan sedih2.. tengak aku punyer happy melompat tinggi nasib baik tak terlondeh kain n tak tersangkut pada batang tirai jika tak haru satu wad kecoh 😂\

Sumber: Facebook Zaki Bijak

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008