Makanan Ini Berbahaya Untuk Kucing

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kucing adalah haiwan peliharaan ramai, sejauh mana kita sayang akan haiwan peliharaan, tidak bermakna semua makanan yang kita rasa elok itu sesuai untuk diberi kepada haiwan peliharaan kita.

Malah, ada beberapa makanan-makanan ini yang kita rasa sesuai tapi sebenarnya berbahaya buat kucing. Berikut ini aliffchannel.com kongsikan makanan-makanan yang berbahaya buat haiwan kesayangan anda.

Bawang

Bawang dalam semua bentuk macam tepung, mentah, masak, atau kering – boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing dan terkena Anemia. Dalam kuantiti sedikit adalah tidak mengapa, tetapi jika dalam kuantiti yang banyak atau jumlah yang kecil namun kerap boleh menyebabkan keracunan bawang yang membawa maut.

Susu

Rasanya setiap oarng pernah beri susu pada kucing bukan? Sebenarnya, tidak boleh memberi jenis sebarang susu disebabkan sistem pencernaan kucing lain daripada manusia. Kucing tidak boleh memproses susu yang ada lactosa seperti susu lembu. Tidak mengapa jika susu kambing dan disarankan kerana tidak mengandungi lactosa. Jika anda ke kedai haiwan, anda juga kena berhati-hati kerana, ada sesetengah susu yang dijual  mengandungi campuran lactosa.

Alkohol

Beer, liquor, wine atau makanan/minuman yang beralkohol adalah dilarang sama sekali kerana boleh menjejaskan otak dan usus. Sebagai contoh, 2 sudu whisky boleh membuatkan kucing seberat 2 Kg+ koma atau 3 sudu sudah memadai membawa maut.

Anggur/Kismis

Telah terbukti anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing. Muntah banyak kali dan hiperaktif adalah tanda-tanda awal. Ada sesetengah kucing tidak menunjukkan kesan yang buruk, tapi yang terbaik adalah untuk tidak memberi kucing anda sebarang kismis/anggur walau sekalipun.

Kafein

Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut untuk kucing. Paling membimbangkan, gejala keracunan kafein seperti gelisah, jantung berdegup laju, gegaran otot dan sawan. Kafein bukan hanya terdapat dalam kopi sahaja. Awasi minuman seperti koko, coklat, coke malah minuman tambahan tenaga seperti Red Bull.

Sumber: AliffChannel