KE UDARA

SWEET DREAMS

EURYTHMIC
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Makanan Terlebih Masin? Jangan Panik!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Makanan yang dimasak terlalu masin? Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut. Jangan buang lagi makanan tu.

PETUA KURANGKAN MAKANAN YANG TERLEBIH MASIN DALAM MASAKAN

1)Cuci dengan air


Sekiranya makanan yang berkuah, korang boleh asingkan lauk dalam kuah tu  dan letak air kosong dalam kuah tu. Kemudian letak kembali lauk tersebut dalam kuah yang telah dibaiki dengan air.. 

2) Masukkan Karbohidrat

Karbohidrat dapat menyerap rasa masin dan akan menukar rasa kuah yang masin jadi lebih enak.  Cara-caranya, korang hiris kentang dan masukkan ke dalam kuah tersebut. Selain itu, guna beras juga menjadi , pastikan beras tersebut diikat dengan uncang ataupun letak sedikit tepung ke dalam kuah tersebut. 

3) Madu atau gula

Seperti biasa, cara yang paling ramai orang guna. Masukkan sedikit gula atau madu dalam masakan yang terlebih masin itu. Pastikan jangan terlebih gula tau!

MUDAHKAN?

Memasak sendiri sebenarnya adalah cara terbaik untuk mengawal pemakanan dengan berkesan.  Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian. Dengan memasak sendiri, kita dapat menyukat sendiri jumlah perencah dan perasa dalam lauk.

Jadi, jangan rasa down kalau masakan tak jadi atau tersilap sukatan. Semoga dengan petua kurangkan masin ini, anda masih dapat menyelamatkan rasa masakan dan menjadikannya lazat untuk dihidangkan!

Sumber

Terkini | Popular