KE UDARA

DAN KETIKA ITU

ZULIN AZIZ
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Makanan Tradisional Terengganu Yang Wajib Anda Cuba

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Nampaknya selepas Perdana Menteri memberi kebenaran untuk rentas negeri, dah ramai yang mula bercuti. Ada ke yang bercadang nak datang ke Terengganu?

Haa kalau datang ke Terengganu, wajib la cari makanan tradisional Terengganu! Rugi kalau tak cuba tau. Kalau keropok lekor, sata dan celup tepung tu memang senang je nak cari di Terengganu tapi kali ini penulis nak kongsikan antara makanan tradisional Terengganu yang wajib anda cuba!

#1 Nasi Dagang

Sememangnya antara makanan tradisional Terengganu yang selalu dicari ramai. Secara tradisinya, nasi ini dibungkus dalam daun pisang yang berbentuk seperti kon dan diikat menggunakan lidi. Nasi dagang Terengganu berwarna putih dan menggunakan beras khas. Ia dicampurkan dengan halba supaya lebih wangi dan sedap.

Ikan aya @ tongkol digunakan bagi menyediakan gulai ikan untuk dimakan bersama. Nasi dagang ini turut dimakan bersama acar yang terdiri dari timun, lobak merah, bawang, cuka serta garam dan gula. Hidangan ini juga turut dimakan bersama sambal cili bagi membangkitkan selera.

#2 Bekang kuah manis dan kuah lemak

Kuih ini begitu sinonim dengan negeri Terengganu. Kebiasaannya bekang diperbuat dari ubi, namun kuih sebaliknya. Ia menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Terdapat dua jenis yang berbeza iaitu kuah manis dan kuah lemak. Bagi yang berkuah lemak, kuihnya terasa seakan menggunakan isi ikan di dalamnya. Biarpun kuih ini tidak terkenal seperti keropok lekor, namun ia sememangnya asli dari negeri Terengganu.

#3 Kuih Mas Sejemput

Kuih Mas Sejemput antara kuih tradisional Melayu di negeri Terengganu. Ia mempunyai rasa yang lemak manis diperbuat dari kuning telur. Kuih ini dimasak dalam air gula sama seperti kuih jala mas, namun cara menyediakannya agak berbeza. Ia sering menjadi hidangan semasa hari – hari istimewa seperti semasa majlis pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.

#4 Pati Toyo

Kuih Patit Toyo antara kuih tradisional Terengganu yang rare sebabnya memang tak ramai yang buat zaman sekarang ni. Ia diperbuat daripada sagu, gula dan tahi minyak.

#5 Bronok Sagu

Antara kuih tradisional yang biasa menjadi sajian masyarakat Terengganu ketika minum pagi atau petang. Kuih yang di perbuat daripada sagu ini di makan bersama kelapa parut.

#6 Lempeng Nyior

Lempeng nyior atau juga dikenali dengan lempeng kelapa ini menggunakan air kelapa muda sebagai salah satu bahan utama. Penggunaan air kelapa muda ini memberikan rasa lemak dan manis. Sekiranya tidak mencampurkan air kelapa muda, ia juga boleh dicampurkan dengan kelapa parut sebagai penambah adunan. Ia akan memberikan rasa lemak pada lempeng tersebut.

#7 Laksa Terengganu

Seperti di negeri – negeri lain, Terengganu turut memiliki menu laksa yang tersendiri. Ia turut dikenali dengan nama laksam Terengganu. Terdapat dua jenis kuah laksa yang berbeza iaitu laksa kuih putih dan juga kuah merah. Kuah merah lebih pedas dan berempah, manakala kuah putih pula terasa lebih lemak dengan isi ikan yang begitu banyak. Isi ikan ini juga menjadikan kuah laksa terasa lebih manis.

Mesti anda tertanya-tanya kat mana nak cari makanan ni semua kan? Jangan risau sebabnya di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu anda boleh dapatkan semua makanan yang penulis sebut tadi tau!


Antara makanan yang sempat penulis cuba di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu baru-baru ni. Memang best & susah nak jumpa!

Jadi, kalau anda singgah ke Terengganu jangan lupa untuk ke Raia Hotel & Convention Centre Terengganu untuk mencuba semua makanan tradisional yang ada. Ianya antara salah satu hotel yang mengetengahkan lagi makanan tradisional Terengganu yang memang susah nak jumpa zaman sekarang ni.

Terkini | Popular