Malaysia Bakal Ada Tram, Elak Jalan Raya Sesak

Facebook
Twitter
Google+

Tak lama lagi Malaysia pun dah macam negara barat bakal ada sistem perkhidmatan tram. Selalunya tram hanya ada di negara luar seperti London dan Australia.

Memetik laporan Astro Awani, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bercadang untuk memasang tram sepanjang 53 kilometer yang bakal menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi.

Sistem itu, yang pertama seumpamanya di negara ini, turut mempunyai akses dengan pengangkutan awam yang lain seperti Transit Aliran Massa (MRT), dan juga Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura.

SPAD juga memberitahu, pihaknya juga telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati sistem perkhidmatan tram ini adalah lebih bersih, efisyen, serta menjimatkan kos dari segi pembinaan.

Meurut SPAD lagi, cadangan itu sudah dikemukakan kepada kerajaan dan permohonan untuk cadangan itu akan diumumkan dalam masa tiga hingga empat bulan lagi.

Sumber: VitDaily

 

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008