Malaysia jumpa Thailand separuh akhir.

Facebook
Twitter
Google+

MALAYSIA berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki pada awal bulan depan.

Thailand mara ke separuh akhir selepas menang selesa 3-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini, sekaligus muncul juara kumpulan.

Malaysia pula mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B setelah menang selesa 3-0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir pusingan awal di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Perlawanan separuh akhir berkenaan akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Thailand pada 1 Disember sebelum aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Thailand pada 5 Disember ini. – Bernama

Sumber : Sinar Harian

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008