KE UDARA

ASMA UL HUSNA

DATO' SRI SITI NURHALIZA
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Belum Putuskan Haji Dibenarkan Ataupun Tidak – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Keputusan berhubung status menunaikan haji bagi jemaah Malaysia untuk tahun ini adalah bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan Arab Saudi kelak. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membuat ketetapan sebaik sahaja Arab Saudi membuat pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji untuk musim ini.

“Setakat hari ini seperti kita tahu kerajaan Arab Saudi belum buat sebarang pengumuman sama ada tahun ini boleh mengerjakan haji atau tidak. Sehingga kini mereka keluarkan arahan perintah berkurung untuk hari raya sahaja. Jadi saya percaya keputusan untuk menghantar atau tidak (jemaah Malaysia) tertakluk kepada pengumuman dibuat oleh Arab Saudi.”

“Sebaik sahaja Arab Saudi buat keputusan, mungkin Menteri Hal Ehwal Agama akan buat pengumuman berkaitan jemaah Malaysia. Jadi kita tunggu, no point kalau putuskan sekarang sedangkan Arab Saudi belum buat sebarang keputusan pun,” katanya dalam sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Terdahulu, beliau ditanya oleh pemberita sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji 2020 bagi jemaahnya ke tahun berikutnya berikutan pandemik Covid-19.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Ismail berkata kerajaan sehingga kini masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi untuk menarik semula arahan bekerja dari rumah (work from home), meskipun kebanyakan jabatan sudah mula beroperasi sejak awal bulan lalu.

Menurutnya, arahan bekerja dari rumah masih kekal sehingga hari ini kerana memahami masalah yang dihadapi segelintir ibu bapa yang terpaksa menjaga anak di rumah memandangkan taska dan sekolah masih belum dibuka.

“Kita sudah membuka pejabat kerajaan walaupun tak sepenuhnya. Daripada jumlah yang dibuka ini, 80 peratus bekerja di pejabat dan 20 peratus masih bekerja di rumah sebab alasan taska masih belum dibuka, sekolah masih belum dibuka.”

Sumber : Harian Metro

Terkini | Popular