KE UDARA

INGATLAH ALLAH

Islamik
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

‘Masa bertunang pun sudah tawar hati’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selain ibu Elfira Loy, bapanya, Ahmad Sabri Ariffin turut bersuara. Dedahnya, ketika majlis pertunangan berlangsung, hati kecilnya sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Malah perjalanan majlis juga tidak lancar seolah memberi petanda tidak baik tentang hubungan mereka.

“Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut”

“Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri. Kira-kira dua bulan selepas bertunang saya berbincang dengan ibu Elfira untuk tidak meneruskan hubungan mereka”

Biarpun isterinya sendiri membangkitkan soal wang hantaran baru-baru ini, namun Sabri tetap bertegas bahawa wang hantaran bukan punca perpisahan anaknya dan Sufian. Jelasnya pihak keluarganya juga tidak pernah meminta-minta tentang wang hantaran sebelum ini.

“Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran tinggi menjadi punca. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini,”katanya.

Nampaknya sekarang sudah terbalik, kalau dulu pihak Elfira yang meminta pihak Sufian untuk tidak memberikan kenyataan kepada media tetapi kini pihaknya pula yang banyak meluahkan rasa hati yang terbuku. Hmm..

Sumber: Rotikaya

Terkini | Popular