SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Maut digilis lori balak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar Hiasan

Gua Musang: Malang menimpa seorang lelaki apabila maut akibat digilis lori miliknya sendiri dalam kejadian di Kilometer 63 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, tengah malam, semalam.

Arifin Mohamad Noor, 54, berasal dari RKT Kesedar Lela Jasa, Sungai Rek, Kuala Krai, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang apabila lori sarat muatan balak itu mengalami masalah brek.

Menurutnya, mangsa yang memandu seorang diri dikatakan berhenti di tepi jalan untuk membaiki kerosakan tersebut.

“Mangsa berhenti di tepi jalan tanpa mematikan enjin. Dia kemudian masuk ke bawah lori untuk membaikinya sebelum kenderaan itu bergerak sendiri dan mengilis badannya sebelum terbalik.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang. Lori tersebut pula terjunam masuk ke dalam longkang berhampiran dan kayu balak bergelimpangan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Sik berkata, mangsa dikejar ke Pusat Kesihatan Chiku sebelum dihantar ke HSIP Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber: My Metro