Mawar Rashid Sahkan Hamil Anak Pertama

Facebook
Twitter
Google+

Tahniah diucapkan kepada Mawar Rashid dan suami yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga December lalu. Menerusi Instagram, Mawar berkongsikan berita gembira itu kepada peminat.

Melalui posting gambar bersama suami, Mawar memberitahu dirinya hamil dan keluarga kecilnya akan bertambah selepas ini, disamping kehadiran anak-anak tiri dari perkahwinan suami yang terdahulu.

Rata-rata peminat tumpang gembira dengan pengumuman tersebut. Ramai mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat buat pasangan itu, terutama Mawar kerana hamil anak pertama.

Terdahulu, Mawar pernah memberitahu beliau dan suami tidak mahu terburu-buru untuk menimang cahaya mata kerana baru berkahwin. Tapi siapalah kita mahu menolak rezeki, semoga perjalanan hamil Mawar dipermudahkan.

Sumber : Rotikaya

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008