SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

MB, EXCO Pahang Selesai Jalani Kuarantin, Negatif COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) disahkan negatif COVID-19 selepas tamat menjalani tempoh kuarantin kendiri selama dua minggu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Pahang hari ini, kuarantin kendiri yang bermula pada 28 September lalu adalah langkah berjaga-jaga selepas beberapa EXCO negeri itu berkunjung ke Sabah bagi membantu kempen pilihan raya negeri berkenaan yang berlangsung pada 26 September.

Kredit : Facebook Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Menurut kenyataan itu, mereka yang pulang juga diwajibkan menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sejurus tiba di lapangan terbang serta beberapa ujian saringan dalam tempoh kuarantin tersebut.

Walaupun berada dalam kuarantin, urusan pentadbiran negeri tetap berjalan lancar dengan segala mesyuarat termasuk mesyuarat EXCO yang berlangsung setiap Rabu dilakukan secara dalam talian, demikian menurut kenyataan itu.

Wan Rosdy turut memuat naik gambar mesyuarat pertamanya selepas “bebas” wabak itu menerusi akaun media sosial rasmi beliau hari ini.

Kredit : Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Menerusi hantaran laman Facebook dan Instagramnya itu, Wan Rosdy yang mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Kewangan negeri Datuk Nazri Abu Bakar, berkata prestasi kewangan negeri kekal stabil dan baik walaupun negara masih mendepani pandemik COVID-19. – BERNAMA

Terkini | Popular