SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Misi 3 Mata Tok Gajah Berjaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Misi skuad Tok Gajah untuk memperoleh tiga mata penuh berhasil apabila menewaskan PDRM 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Tuan rumah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-36 untuk mencetak gol pertama menerusi Ivan Carlos.

Perlawanan yang pada awalnya dianggap milik Pahang nyata tidak memihak tuan rumah selepas bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang tanpa percubaan yang boleh menguji ketangkasan penjaga gawang ke dua-dua pasukan.

Pada babak kedua, ia seakan mengulangi skrip separuh masa pertama apabila bola lebih banyak berlegar-legar di kawasan PDRM tetapi tiada gol dihasilkan oleh Tok Gajah. Taktik pelawat yang lebih banyak berkubu di kawasan sendiri dan sesekali melakukan serangan balas nyata menyukarkan penyerang tuan rumah.

Bagaimanapun pada minit ke-73 penyerang muda Pahang, Mohamad Faizal Abdul Halim berjaya menambah jaringan kedua buat Tok Gajah.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat juang PDRM dan pada minit ke-84, kesilapan Adam Michael Tull tertampan bola ke gawang sendiri merapatkan jurang gol dengan keputusan 2-1.

Selepas tamat tujuh perlawanan, Pahang kini menduduki tangga kelapan dengan sembilan mata.

Sumber : Utusan

Terkini | Popular