SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

‘Muhammad’ nama bayi lelaki paling banyak dipilih di UK

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kredit gambar: Unsplash

Laman web Baby Centre merekodkan nama ‘Muhammad’ paling banyak dipilih untuk bayi lelaki di United Kingdom (UK) tahun ini.

Laman web itu menyenaraikan 100 nama teratas bagi bayi lelaki dan perempuan yang menjadi pilihan oleh penduduk UK.

Antara nama Muslim yang berada dalam kategori 100 teratas ialah Zayn, Yusuf, Omar, Ali Ibrahim dan Ahmad.

Nama Zayn melonjak naik menjadi pilihan ibu-ibu di UK mungkin disebabkan pengaruh populariti artis Zayn Malik.

Bagi bayi perempuan, nama ‘Lily’ berada di kedudukan teratas diikuti nama Amelia dan Sophia.

Malah, Putera Harry dan Meghan Markle yang baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini, turut menamakan anak mereka dengan Lilibet Diana atau singkatannya Lily.

Berikut merupakan senarai nama bayi lelaki paling banyak dipilih bagi 2021:

1. Muhammad

2. Noah

3. Oliver

4. Theo

5. George

Bayi perempuan:

1. Lily

2. Amelia

3. Sophia

4. Olivia

5. Ava