SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Musibah tak habis-habis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Keghairahan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman untuk me­lakukan transformasi ke atas pasukan mungkin terbantut apabila beliau perlu menyelesaikan tuntutan hutang lapuk hampir mencecah RM2 juta.

Tuntutan itu melibatkan bekas tonggak pertahanan, Cassio de Jesus dari Brazil ((RM629,620.28) dan dua bekas jurulatih, Marko Kraljevic (RM917,448) serta Sathit Bensoh (RM350,000).

Sekiranya gagal dilunaskan sebelum 30 September ini, Kelantan berdepan risiko digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Biarpun TRW baru sahaja diswastakan, namun mereka tetap terpalit dengan hutang lapuk yang dicipta Persa­tuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

TRW juga berisiko diturunkan ke Liga Amatur (Liga M3) atau dibekukan daripada membawa masuk pemain baharu musim depan.

Sumber dalaman Kafa mendedahkan, surat arahan pembayaran yang dikeluarkan FIFA itu sudah sampai ke pengetahuan barisan exco badan induk tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Tanggungjawab kini terpaksa digalas sepenuhnya oleh Norizam sebagai pemilik baharu TRW. Beliau sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah.

“Kafa sudah habis gas (tidak mampu) untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut kerana ia jumlah yang cukup besar,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

MARKO KRALJEVIC

Kata sumber itu lagi, sejujurnya dia kecewa dan menyifatkan barisan exco Kafa gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Barisan exco sepatutnya bijak mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah ini.

“Perkara ini melibatkan soal maruah pasukan. Bola sepak Kelantan adalah ‘jiwa’ rakyat negeri ini.

“Jika tidak mampu, undurlah secara terhormat dan jangan meletakkan kepentingan diri sebagai perkara utama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, sumber itu turut mendesak Kafa menjelaskan kutipan tabung bayaran hutang Cassio yang dilancarkan sebelum ini.

Katanya, penjelasan itu dituntut supaya penyokong atau penyumbang mengetahui secara jelas ke mana wang tersebut ­dibelanjakan.


Sumber : Utusan

Terkini | Popular