MYNIC Bantu PKS Ceburi Ekonomi Digital

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan

MYNIC merupakan agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam membantu individu dan organisasi di Malysia dalam menceburi di dalam ekonomi digital menerusi penggunaan nama domain .my.

MYNIC mentadbir sejumlah sepuluh (10) kategori nama domain iaitu .my, .com.my, .biz.my, .org.my, .net.my, .coop.my, .edu.my, .gov.my, .mil .saya dan .nama.saya.

Oleh itu, MYNIC turut tidak ketinggalan dalam membantu usahawan luar bandar terutamanaya usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam bersaing di dalam era ekonomi yang penuh pendigitalan dengan persediaan bekalan ilmu keusahawanan dan berteknologi tinggi.

Menerusi laporan Berita Harian, MYNIC dan UTMSpace telah melakukan bekerjasama bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di luar bandar mengembangkan potensi perniagaan mereka menerusi platform digital untuk menembusi pasaran e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan, berkata pihaknya kekal membantu dan menyediakan peluang latihan digital khususnya kepada usahawan tempatan sejajar dengan misi utama agensi itu untuk meneruskan agenda pendigitalan negara.

Beliau berkata, program itu adalah inisiatif MYNIC dalam membantu dan membawa perniagaan secara tradisional untuk membabitkan diri dalam dunia perniagaan secara dalam talian dan seterusnya bersedia menghadapi pasaran global ekonomi digital.

“MYNIC amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UTMSpace bagi menjayakan program seumpama ini, yang secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu keusahawanan digital dan meningkatkan pembabitan usahawan tempatan di dalam sektor e-dagang.

“Selain itu, program ini dapat membuka ruang dan peluang pendapatan, di samping mendukung usaha kerajaan memperluas aktiviti ekonomi digital,” katanya pada majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) MYNIC bersama UTMSpace secara maya.

Kerjasama strategik itu antaranya dalam menawarkan sijil profesional dalam Keusahawanan Digital yang diakreditasikan oleh London Examination Board (LEB).

Antara modul latihan yang ditawarkan adalah teknik efektif penggunaan SEO, pemasaran digital melalui media sosial dan laman sesawang serta penambahbaikan kandungan digital bagi membantu perniagaan kekal berdaya saing selari dengan era digitalisasi.

Sesi pemantauan berkala dan bimnbingan turut dijalankan bagi memantau perkembangan dan kefahaman para peserta terutamanya perkara berkaitan laman sesawang, keberkesanan pemasaran digital dan pelaksanaan strategi media sosial.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Profesor Dr Azlan Ab Rahman, berkata pihaknya menyasarkan penyertaan awal bagi program itu sebanyak 200 peserta membabitkan PKS, usahawan di luar bandar dan graduan.

Beliau berkata, program berkenaan sesuai untuk usahawan PKS dan di luar bandar yang mahu memantapkan kemahiran mereka dalam pendigitalan sejajar dengan perkembangan pesat dunia digital susulan pandemik COVID-19.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM