SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Nafuzi Sedia Terus Bimbing TFC Musim Depan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengesahkan beliau sedia terus membimbing pasukan Terengganu FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sekiranya diberi peluang.

“Jika diberi peluang membimbing pasukan TFC musim depan, saya memang akan menerimanya untuk meneruskan kesinambungan membentuk pasukan sebagaimana sebelum ini. Bagaimanapun, saya serahkan kepada pengurusan untuk menyelesaikan kedudukan pemain dan pegawai kerana kita tahu kontrak pemain pun akan berakhir pada bulan ini. Begitu juga dengan saya, pada tahun ini,”

Nafuzi yang berjaya membawa TFC mara ke pentas Piala AFC musim depan selain menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini bagaimanapun tetap menerima dengan hati terbuka jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Beliau yang pernah berguru dengan bekas jurulatih TFC sebelum ini, Irfan Bakti Abu Salim selama dua musim bermula 2018 mengakui tugasnya membimbing pasukan itu belum selesai kerana mahu meneruskan kesinambungan membentuk pasukan benar-benar mantap terutama sebelum beraksi ke pentas Asia.

Ketika ditanya pemilihan TFC beraksi dalam pentas Asia tahun 2021 selepas lapan tahun menanti, jurulatih berusia 42 tahun itu yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001, meluahkan nada gembira kerana impian semua pihak sudah tercapai.

Namun katanya, untuk bersaing di peringkat Asia, rombakan ke atas pasukan perlu dilakukan bagi memastikan ia benar-benar bersedia. – MALIKMUHAMAD / BERITAHARIAN

Terkini | Popular