KE UDARA

SWEET DREAMS

EURYTHMIC
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Nak Baju Nampak Sentiasa Baru? Ini Tips Yang Anda Boleh Guna

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebagai perempuan, anda mesti ada masanya rasa macam takde baju nak pakai walaupun almari tu dah penuh. Antara faktornya adalah kebanyakan pakaian warnanya makin pudar dan nampak kusam. Ini jugak buatkan anda rasa asyik nak beli baju baru je, betul tak?

Jangan risau, kali ini nak tunjukkan macam mana nak kekalkan baju-baju korang supaya nampak macam baru.

#1 Fahami label pada baju

Cuba korang perhatikan, setiap pakaian yang korang beli tu mesti ada label baju. Dekat label tu mesti ada cara cucian tersendiri yang disarankan. Cuba korang ikut label cucian tersebut dan pastinya pakaian korang akan tetap nampak baru!

#2 Terbalikkan baju sebelum campak dalam mesin basuh 

Sebelum korang campak baju tu kedalam mesin basuh, korang pastikan baju tu terbalik dulu. Dengan cara ni korang dapat kekalkan warna baju tersebut seperti baru!

#3 Asingkan warna baju

Sebelum cuci, korang kena la rajin sikit. Kalau boleh asingkan baju berwarna dengan pakaian yang berwarna putih. Dengan cara ni tak adalah nanti pakaian putih yang keluar daripada mesin basuh tu bertukar warna. Hati-hati!

#4 Jangan penuhkan mesin basuh

Bila korang nak mula mencuci baju, elakkan sumbat semuanya dalam mesin basuh. Kalau boleh jangan penuhkan sangat. Korang basuhlah ikut warna baju supaya tak adalah penuh sangat.

#5 Gunakan air sejuk untuk mencuci

Elakkan basuh baju korang dengan air panas yang boleh menyebabkan warna baju korang luntur. So, korang basuhlah baju-baju korang tu dengan air sejuk supaya warna-warna baju korang kekal lebih lama.

#6 Jangan jemur lama-lama

Bila korang dah siap basuh dan mula jemur baju, pastikan korang jemur baju tidak terlalu lama dan elakkan daripada terdedah dibawah cahaya matahari yang panas terik tu. Lusuh baju tu nanti!

Sumber

Terkini | Popular