“Negeri Yang Paling Kenyang Juga Untuk Saya” – Jo Fliam Bagi Review Terbaik Pasal Orang Terengganu

Facebook
Twitter
Google+

Oleh Najmi Mamat

Usahawan muda yang popular di Instagram, Jo Fliam, semalam dilihat berkongsi pengalamannya bercuti di Dungun, Terengganu bersama isterinya, yang dikenali ramai sebagai Cik Epal.

Dalam video pendek berdurasi satu minit itu, Jo Fliam mengakui pengalamannya bercuti di negeri ini merupakan pengalaman yang paling manis buatnya. Jelasnya, orang Terengganu bersikap pemurah dan mesra.

“Saya boleh simpulkan orang Terengganu antara yang paling pemurah dan mesra saya pernah jumpa. Ni kali pertama saya tak boleh makan dekat luar disebabkan banyak makanan saya dapat. Ada yang tahan kereta tepi jalan, semata nak bergambar,” katanya tentang keterujaan peminatnya di Terengganu sehingga membuatkannya terharu.

Foto Instagram Jo Fliam

Dalam pada itu, setelah berkongsi beberapa kedai makan yang disinggahnya, pengusaha baju melayu 5 Waktu itu juga menyifatkan negeri Terengganu sebagai tempat yang mempunyai keistimewaan pada jenis makanan. Disyorkan oleh peminatnya, Jo juga tidak melepaskan peluang untuk singgah makan di kedai mee sup champa yang terkenal disitu.

“Bagi saya Terengganu ada makanan-makanan tersendiri terutama kuih-muih yang pelik-pelik, saya seumur hidup baru pertama kali dapat tengok,” terangnya.

Jenis kuih-muih yang dibeli oleh Cik Epal ketika berada di Terengganu / Foto: Instagram Cik Epal

Lebih menarik, menerusi video ‘stories’ yang dikongsinya di laman Instagram, rata-rata peminat yang menyedari kedatangannya di situ sanggup turun padang untuk berjumpa dengannya. Ada yang sanggup datang jauh dari Kuala Terengganu semata-mata untuk bersua muka dengannya. Ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk membelanjakan makanan dan minuman yang sedap di sekitar daerah itu.

Meskipun pernah terdengar bualan orang ramai tentang sikap orang Terengganu yang kasar, namun Jo tidak bersetuju. Sebaliknya, Jo menasihati agar tidak bersikap prejudis dengan mengenali hati budi seseorang terlebih dahulu.

Terdahulu, Jo dan keluarganya tidak melepaskan peluang untuk singgah di negeri Kelantan dan usahawan itu turut memuat naik video menyatakan pandangannya terhadap negeri itu yang disifatkan sebagai sebuah negeri yang tenang, bukannya bertujuan untuk hiburan.

View this post on Instagram

Ini membuktikan Orang Terengganu dan seluruh pantai timur,manusia yang baik2 dan dari keluarga yang baik2. . Ini kenangan paling paling manis bagi saya.Sampai stuck satu tempat dah tak boleh pergi mana.Negeri yang paling kenyang juga untuk saya.Pemurah2 orang Terengganu. . Makanan?Banyak.Bagi saya Terengganu ada makanan2 tersendiri terutama kuih2 pelik2 saya seumur hidup baru pertama kali dapat tengok. . Sikap? Saya boleh simpulkan orang Terengganu antara yang paling pemurah dan mesra saya pernah jumpa.Ni kali pertama saya tak boleh makan dekat luar disebabkan banyak makanan saya dapat.Ada yang tahan kereta tepi jalan,semata nak bergambar.Nak menangis pon ada.😭 . Negeri Cantik?Tak payah persoal.Terengganu ni memang tempat tenang di persisiran pantai.Makanan sedap,pantai pulak asyik.. . Saya pernah dengar orang cakap,orang Tranung orang yang kasar.Cakap macam nak bergaduh.Nasihat saya,kenali hati budi dulu,bila dah kenal,boleh jadi keluarga. . Saya pasti layanan saya dan keluarga takkan sama macam sekarang lepas ni,tapi cukup la saya nak mengaku,saya menghargai moment2 ni. . Terima Kasih orang Tranung. . Ada jodoh,kami kembali lagi.😭 . Ini hari terakhir di Dungun sebelum esok kami gerak ke lokasi seterusnya. . @cikepal06 @oh_myhan

A post shared by JO Cerdik (@jofliam) on

Sumber: Instagram @JoFliam

Foto Instagram Jo Fliam

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008