Nubhan timang anak lelaki

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, 32, menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, selamat melahirkan bayi lelaki, jam 2.05 pagi tadi.

Bayi seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

Sehingga kini, menurut penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam itu, bayi berkenaan hanya dipanggil dengan gelaran Cikmad.

“Saya sudah tentunya teruja menyambut kelahiran ‘baby’ Cikmad. Biarpun dia anak kedua, namun keterujaan tetap sama seperti menyambut zuriat pertama, apatah lagi kami dianugerahkan bayi lelaki pula.

“Alhamdulillah, anak dan isteri saya sihat,” kata penyanyi Ada Untukmu itu kepada BH Online.

Nubhan yang berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 menyambut kelahiran anak sulung, Aafiya, pada Mei 2017.

Sumber: Berita Harian