SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Orang ramai tertarik apabila kakitangan wanita bantu jemaah mula bertugas di Masjidil Haram

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pemimpin Universiti Al-Azhar Mesir, mengecam larangan kumpulan pemberontak Yaman Houthi untuk Tarawih, solat malam khusus pada bulan suci umat Islam Ramadan.

Buat pertama kalinya, Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci telah melantik pekerja wanita untuk menjalankan tugas di Masjidil Haram.

Menurut laporan, dianggarkan seramai 1,500 kakitangan wanita dilantik untuk bertugas di beberapa bahagian.

Tugas mereka meliputi membantu jemaah wanita yang melaksanakan ibadah umrah pada Ramadan ini.

Seramai 600 wanita dilantik dalam Agensi Perhubungan Perkhidmatan dan Teknikal, lapor Gulfnews.

Selebihnya, mereka ditugaskan di bahagian lain seperti kenderaan elektrik, unit agihan air Zamzam, perhubungan pentadbiran, perhubungan awam, media dan komunikasi serta audit.

Bulan lalu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengedarkan gambar wanita pertama dilantik sebagai pengawal keselamatan Haji dan Umrah.

Kementerian berkenaan berkongsi dua gambar pengawal keselamatan wanita yang ditugaskan di Masjidil Haram untuk mengawal keadaan ketika kehadiran jemaah umrah selain memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.

Pada Februari lalu, Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengumumkan bahawa lelaki dan wanita warga Saudi boleh memohon pelbagai jawatan dalam angkatan tentera.

Wanita boleh dilantik sebagai askar, lans koperal, koperal, sarjan atau staf sarjan.

Langkah berkenaan adalah susulan inisiatif Visi 2030 yang diilhamkan Putera Mohammed bin Salman untuk memperkenalkan perubahan bagi memberi peluang wanita turut serta dalam beberapa bidang.