SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Pahang Peruntuk RM18 Juta Atasi Air Mentah Keruh Di Raub

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tender terbuka bagi kerja-kerja mengatasi kekeruhan tinggi membabitkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Raub dijangka dipanggil pada akhir bulan ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dokumen tender bagi kerja-kerja mengatasi masalah itu sudah siap sepenuhnya dan tempoh penyiapan kerja-kerja berkenaan pula mengambil masa selama 15 bulan.

Peruntukan yang disediakan sebanyak RM18 juta dan skop projek merangkumi pelantikan jurutera perunding, kerja ukur dan penyiasatan tanah. Skop utama projek ini ialah dengan membina tangki praenapan (Pre SedimentationTank) dan penggantian pam dan peralatan elektrik manakala rekabentuknya akan mengambil kira kekeruhan air mentah hingga setinggi 20,000 Nephelometric Turbidity Unit (NTU)

Beliau berkata, taklimat sudah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Bhd (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri semalam.

Katanya, seperti sedia maklum masalah kekeruhan air mentah yang tinggi di LRA Sungai Bilut, LRA Sungai Semantan dan LRA Sungai Klau menyebabkan operasinya kerap ditutup hingga menyusahkan pengguna di daerah ini.

Sumber: Sinar Harian

Terkini | Popular