KE UDARA

ASMA UL HUSNA

DATO' SRI SITI NURHALIZA
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Selepas hampir sebulan berpuasa, beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan

Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya akan berbeza susulan daripada pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kesedihan pastinya dirasai oleh kita apabila tiada lagi aktiviti pulang ke kampung halaman seperti di tahun-tahun sebelum ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, selain ada segelintir daripada kita yang tidak bernasib baik untuk beraya bersama keluarga, raya kali ini mungkin kurang sedikit meriahnya apabila solat sunat yang sering dilakukan pada pagi raya di masjid dan surau, hanya boleh dilakukan di rumah untuk tahun ini.

Sememangnya, umat Islam di negara ini hanya digalakkan untuk menunaikan solat sunat itu di rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Hukum menunaikan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad yang mana ia adalah sangat digalakkan.

Tidak perlu risau jika solat sunat hari raya kali ini tidak boleh dilakukan di masjid atau di surau kerana solat ini juga boleh dilakukan di rumah secara berjemaah mahupun bersendirian.

Image from Google
Jadi, ikuti panduan serta cara untuk menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri di rumah ini:

Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian:
Image from The inspirasi
Lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam / makmum):
Image from The inspirasi

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan takbirratul ihram.

2. Membaca doa iftitah:

Image from wattpad
Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
 
Lafaz tasbih adalah seperti ini:
Image from mysumber.com
4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).

Surah al-A'laa
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).

Image from mysumber.com
3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
Surah al-Kafirun
5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

7. Membaca doa.

Khutbah Aidilfitri

Sekadar gambar hiasan

Setelah selesai menunaikan solat sunat raya Aidilfitri, umat Islam digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah. Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Sumber : Says

Terkini | Popular