KE UDARA

SATU PELUANG

ANDI BERNADEE
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

PDRM, ATM Ronda Kawasan Rumah Pada Hari Raya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan rumah pada perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara yang memaklumkan PDRM dan ATM bersetuju untuk bergerak meronda khususnya pada hari raya pertama dan hari-hari selepas itu.

“Kita mungkin tidak dapat buat pemeriksaan di setiap rumah, tetapi jika ketika rondaan dibuat banyak kenderaan di luar rumah, kita akan semak kediaman terlibat. Apabila kenderaan banyak berkemungkinan ramai orang dalam rumah tersebut, jadi kita akan semak jumlah penghuni rumah tersebut,” katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini pada Selasa.

Oleh itu orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi SOP sepanjang tempoh tersebut nanti. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 15 individu atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) semalam.

“Mulai semalam kita telah melaksanakan tindakan undang-undang dengan memberi kompaun ke atas individu yang melakukan pelanggaran SOP PKPB. Sebelum ini kita dah beri nasihat dan amaran dan kini tindakan undang-undang pula dilaksanakan. Mungkin tidak lama lagi akan ada yang dihadapkan ke mahkamah pula kerana melanggar SOP,” katanya.

Tegasnya, patuhilah SOP ditetapkan kerajaan, jangan anggap polis akan membiarkan sahaja kesalahan dilakukan tanpa tindakan undang-undang.

Sumber : Sinar Harian

Terkini | Popular