KE UDARA

Tabassam

Mesut Kurtis
SEGMEN TERKINI

MANIS MANIS PAGI

6am - 10am

PDRM Tubuh Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara). PDRM ada rekod siapa yang telah mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

“(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Sumber : Bernama

Terkini | Popular