Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MARANG – Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai beliau telah meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris, dalam kejadian pada jam 8.34 pagi, pelajar tersebut iaitu Aman Basri Muhd Rohaizi, 16 tahun dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.

Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka telah cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.

Katanya, guru yang bertugas telah membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan bagi menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata, terdapat luka di bahagian atas kening kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

Akan tetapi, hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA