SEGMEN TERKINI

MANIS XPRES

3pm - 7pm

Pelajar UMP wakili Malaysia ke ‘Chinese Bridge Competition’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP), Syahirah Syazwani Shamsudin muncul juara ‘Chinese Bridge Competition Malaysia Preliminary 2021’ anjuran Kedutaan China dengan kerjasama Institut Kongzi Universiti Malaya, baru-baru ini.

Kejayaan itu menyaksikan Syahirah mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa pada penghujung tahun ini bersama calon yang mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dari benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Australia.

Pengarah Institut Konfusius UMP (CI UMP) Yong Ying Mei, berkata pertandingan itu dinilai menerusi ujian, persembahan, soal jawab dan pengucapan awam.

Beliau berkata, Chinese Bridge Competition ialah pertandingan tahunan antarabangsa dianjurkan Kementerian Pendidikan China.

“Sehubungan itu, CI UMP akan terus melatih pelajar dalam persediaan Pertandingan Chinese Bridge di peringkat antarabangsa.

“Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, ia tidak menghalang program dijalankan secara dalam talian dan menyampaikan persembahan dengan baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, buat kali kedua UMP bakal mewakili negara setelah kejayaan pelajar Fakulti Komputeran, Jamunaa Patchappan mewakili negara pada 2013.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada sokongan pihak universiti dalam pembabitkan pelajar dalam pertandingan bahasa di peringkat UMP mahupun peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Pelajar pernah dilatih oleh Volunteer Language Teacher (VLT) serta sokongan Pengarah CI UMP (China), Profesor Dr Guo Fuliang,” katanya.

Sementara itu, berkongsi debaran untuk mara ke peringkat antarabangsa, Syahirah akan memanfaatkan cuti semester sebagai persiapan akhir.

Sumber: My Metro