KE UDARA

INFORMER

SNOW
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Pemain Tolak Gaji Siling

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak bersetuju sekiranya had gaji siling pemain diperkenalkan dalam saingan Liga Malaysia.

Presidennya, Safee Sali menjelaskan pemain berhak mendapat gaji yang ditawarkan pasukan dan setaraf dengan prestasi dan sumbangan mereka.

Beliau menganggap, aspek gaji juga menjadi antara faktor yang mampu mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain, sekali gus memberi impak positif buat skuad kebangsaan.

“Bagi pemain kita tak setuju sebab benda ini membabitkan profesionalisme, siapa yang beraksi dalam prestasi terbaik mesti diberi gaji yang lumayan. Tiada had siling berapa maksimum kena bayar. Saya lihat kalau pemain bersaing antara satu sama lain, masing-masing nak menunjukkan prestasi yang bagus, itu akan memberi kesan kepada pasukan kebangsaan. Kalau ada had gaji siling (pemain akan fikir), kalau beraksi dengan baik pun setakat itu juga gaji. Jadi kami tak setuju,” – Safee Sali

Selain itu, Safee berkata isu tunggakan gaji tidak akan timbul sekiranya semua pasukan bijak menguruskan kewangan mengikut kemampuan.

Sumber

Terkini | Popular