SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Pemandu lori edar dadah ke tali gantung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Seorang pemandu lori dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine bernilai RM22 juta.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Ishak Ramli, 37, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap dakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh kedua yang didakwa bersama iaitu kelindan sementara kepada pemandu itu, Nur Muhammad Izzudin Nordin, 29, dilepas dan dibebaskan selepas dibuktikan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 203,946.7 gram di dalam ruang muatan sebuah treler jenis Volvo di tepi sebuah rumah di Kampung Rawai, Bukit Payong, Marang pada 11 malam, 25 September 2017.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Amer Abu Bakar Abdullah.

Sementara, Mohammad Ishak diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, manakala Nur Muhammad Izzudin oleh peguam Mazlan Md Zain.

Sumber: My Metro