Peminat Sejuk Hati Tengok Neelofa Pegang Tasbih

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tidak dinafikan sejak kontroversi pelancaran tudung di kelab malam dan video sindiran terhadap seorang selebriti baru-baru ini membuatkan ramai tawar hati dengan Neelofa. Bagaimanapun menerusi perkongsian netizen, peminat sejuk hati melihat Neelofa memakai tasbih digital di jarinya.

Gambar berkenaan diambil ketika Neelofa diberi kejutan oleh pihak Air Asia ketika beliau menaiki pesawat tersebut tempoh hari. Reaksi spontan Neelofa, terharu dengan kejutan itu memperlihatkan tasbih digital itu di jarinya.

Ramai terkejut dan mengubah persepsi negatif terhadap Neelofa sebelum ini. Malah ada juga yang memberitahu selebriti itu memang sentiasa memakai tasbih itu di jari, walau ke mana sahaja beliau pergi.

Sumber: Rotikaya