SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Penerima BPP Harap Bantuan Berterusan Ke Masjid

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LIPIS : Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 2021 sangat menghargai keprihatinan kerajaan negeri menerusi kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang memberikan bantuan menyeluruh kepada semua peringkat sama ada golongan pelajar, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik sehinggalah kepada pihak pengurusan masjid.
 
Bantuan yang diberikan secara bersasar ini adalah bertujuan membantu semua rakyat di negeri ini yang sangat terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang kini sudah memasuki tahun kedua dan kesemua berharap bantuan ini dapat diteruskan sebagai usaha membantu rakyat yang menghadapi kesukaran hidup.

Ustaz Nazrul Fahmi Basri


Justeru, BPP COVID-19 ini sangat membantu sekali gus membuktikan kerajaan negeri sentiasa ada bersama rakyat dalam keadaan getir ketika ini.
 
Imam Masjid Kampung Baru Benta, Ustaz Nazrul Fahmi Basri berkata, bantuan seumpama ini sangat baik dan wajar diteruskan pada masa hadapan kerana ianya menyeluruh kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan antaranya masjid-masjid di seluruh Pahang.
 
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang serta barisan kepimpinan negeri yang membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
 
“Saya ucapkan terima kasih kepada menteri besar dan juga YB Mohd Soffi atas pemberian yang diberikan, jadi diharap selepas ini akan terus diberikan bantuan seumpama ini,” katanya.

Ustaz Azmi Abu Kassim


Manakala Imam Masjid Bukit Puteri, Ustaz Azmi Abu Kassim berkata, masjidnya sudah lama tidak menerima bantuan dan sangat bersyukur kerana akhirnya tersenarai sebagai penerima BPP 2021 ini.
 
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi jubah percuma, ini setelah sekian lama dan hari ni dapat jgk la, terima kasih kepada kerajaan,” katanya.
 
Seorang lagi imam dari Masjid Kampung Redan, Ustaz Hashim Mat Ali berkata, bantuan kepada masjid seumpama ini dapat memberikan semangat dan kegembiraan kepada pihak pengurusan masjid dalam mengendalikan rumah ibadat umat Islam itu terutama dalam situasi pandemik ketika ini.
 
Justeru, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan bantuan kepada pihak masjid dalam apa juga situasi.
 
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang dan YAB Menteri Besar kerana memberi sumbangan prihatin untuk COVID-19 ini kepada imam-imam dalam negeri Pahang ini,” katanya.

Ustaz Hashim Mat Ali

Pada program tersebut, seramai 19 orang menerima Bantuan Khas Kewangan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli  (PMOA) dan Penyelaras Pembangunan Ihsaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Lipis manakala seramai 18 orang pula menerima bantuan prihatin kepada pekerja dan pengusaha kantin dan dewan makan asrama (Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Daerah Lipis.
 
Seramai 11 pelajar turut menerima Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 (SMAN Daerah Lipis) dan 72 wakil masjid dan surau menerima Inisiatif Jubah kepada Pegawai Masjid dan Surau Daerah Lipis.
 
Kesemua bantuan yang diberikan berjumlah RM94,440 dan 632 helai jubah yang diberikan kepada imam masjid seluruh Daerah Lipis.

Sumber: PAHANGMEDIA