SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Penghasilan Buku Beri Inspirasi Kepada Masyarakat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Idea kreatif dalam penghasilan buku berbentuk ilmiah mampu memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya penduduk tempatan di Daerah Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kuantan yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, penghasilan sesebuah buku bukan sahaja dapat menonjolkan kepakaran malah sebagai penghargaan kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat di dalam penghasilan buku-buku ini.

“Kepakaran dan kerjasama ini membuktikan bahawa kita mempunyai bakat di kalangan pensyarah hingga dapat menghasilkan dua buah buku iaitu Inspirasi Ilmu dan Buah dengan penulisan ilmiah yang bermutu tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kuantan yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin ketika melancarkan dua buah buku iaitu Inspirasi Ilmu dan Buah pada Majlis Pelancaran Buku Terbitan Kolej Komuniti Kuantan di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan

“Justeru saya menyeru agar lebih banyak buku dapat dihasilkan sebagai sumbangan kepada Daerah Kuantan sama ada berkenaan sejarah, warisan, asal-usul, pemakanan dan perkara-perkara yang menunjukkan minat komuniti terhadap bandar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan dua buah buku iaitu Inspirasi Ilmu dan Buah pada Majlis Pelancaran Buku Terbitan Kolej Komuniti Kuantan di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Tuan Haji Mohd Yusof Zakaria, Ketua Program Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Kuantan, Puan Amizah Mohamed dan Penyelaras Penerbitan Buku Kolej Komuniti Kuantan, Encik Mohd Amin Ali.

Dato’ Hamdan berkata, penghasilan buku berbentuk ilmiah ini perlu diperbanyakkan terutama pada zaman teknologi di mana pengaruh dan perkembangan media sosial sangat mempengaruhi kehidupan seharian.

Justeru, katanya, maklumat dan sumber berasaskan fakta sangat diperlukan supaya dapat membangunkan dan melahirkan insan yang lebih kreatif serta berilmu.

Untuk tujuan itu juga, penghasilan buku ilmiah perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa melalui penghasilan e-book bagi memastikan setiap peringkat masyarakat dapat mengakses buku secara elektronik selain membeli salinan ‘hardcopy’ dalam bentuk buku yang sememangnya mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada penggemar buku.

Sumber: PAHANGMEDIA