SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Pengiktirafan AFC beri semangat baharu – Safawi Rasid

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT),  Safawi Rasid menyifatkan kemenangannya merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu semangat baharu untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa depan.

Safawi berkata, pengiktiran ini merupakan penghargaan besar buat dirinya kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain dinobatkan pemenang gol terbaik.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Terengganu ini sekali gus mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi gol menerusi lencongan kaki kiri ketika dia menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kemenangan saya menerusi ACL dan ini merupakan hadiah untuk peminat di Johor serta Malaysia.Saya bukan seorang player yang bagus lagi, cuma sentiasa terus melangkah dan bekerja keras kerana ini merupakan punca rezeki saya

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu. Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Mengulas perkembangan lain, Safawi yang juga pemain kebangsaan berkata  beliau belum memikirkan soal penghijrahannya ke kelab Portugal Portimonense SC kerana mahu memberi tumpuan membantu JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super yang masih berbaki empat perlawanan.

Terkini | Popular