Penyanyi ‘baru nak up’ perli adik Neelofa!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DILIHAT seperti memperlekehkan sebuah jenama telefon popular, adik kepada pelakon Neelofa iaitu Nur Ameera Khan atau lebih dikenali di Instagram sebagai The Little Miss Khan menerima kecaman netizen.

Tindakannya itu membuatkan ramai netizen mencipta video parodi seakan-akan memerli remaja berusia 17 tahun itu termasuklah pendatang baharu industri muzik tanah air, Megat Rahim.

Menurut Megat, 16, dia menghasilkan video tersebut bukan bertujuan untuk memerli Ameera, sebaliknya hanya ingin berjenaka dan mendapatkan perhatian gadis tersebut.

“Saya bukan perli dia (Ameera), itu semua hanya gurauan dan saya mengaku memang nak dapatkan perhatian dia.

“Saya akui ada yang hantar mesej peribadi memberitahu kurang senang dengan video tersebut, tapi janganlah ambil serius sangat kerana itu gurauan semata-mata,” katanya kepada mStar Online.

Sehingga kini, video parodi yang dimuat naik Megat di laman Instagram miliknya @megatrahim_ menerima hampir 300,000 kali tontonan.

Sumber: Mstar