KE UDARA

PESANAN AYAHANDA

SISSY IMAN
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Perhilitan pasang perangkap buaya di Pasir Puteh, Bachok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang memantau dan akan memasang perangkap bagi menangkap seekor buaya yang dilaporkan muncul di beberapa kawasan di Pasir Puteh dan Bachok, sejak Selasa lepas.

Pengarahnya, Edy Ermanty Haniff Mohamed Haniff berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan bagi melihat kelakuan spesies buaya tembaga yang dilaporkan sebelum memasang perangkap.

“Spesies itu mempunyai habitat di kawasan air tawar (payau) termasuk sebahagian kawasan air masin sebagai kawasan rayau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam buaya berkenaan menjadi tular di media sosial apabila spesies itu kelihatan berenang memasuki Kuala Tok Bali di Pasir Puteh, manakala sebelum itu haiwan berkenaan dilihat muncul di Pantai Irama, Bachok dan berjemur di tebing sungai Kampung Telaga Gayong, juga di Pasir Puteh.

Situasi itu membimbangkan penduduk termasuk kaki pancing serta penternak lembu dan kerbau yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi ternakan mereka meragut rumput pada setiap hari.

Edy Ermanty Haniff berkata, terdapat kemungkinan haiwan itu merayau di lokasi berkenaan kerana kurangnya kehadiran manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika ia hanya laporan kehadiran bukan konflik, ada kemungkinan spesies itu akan kembali mengasingkan diri dari habitat kehadiran manusia,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tetap memasang perangkap dan membuat rondaan di kawasan-kawasan yang dilaporkan.

Sumber: Bernama

Terkini | Popular