Perhilitan Pasang tanda amaran buaya di Sungai Marang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meletakkan papan tanda amaran sementara di Sungai Marang sebagai makluman kepada orang awam tentang kehadiran buaya di sana.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, papan tanda amaran itu akan dipasang selepas kakitangan jabatan itu membuat tinjauan dan pemantauan di sungai berkenaan.

“Kawasan itu sebenarnya memang habitat buaya jadi kehadiran haiwan itu di sana bukan perkara pelik. Mungkin musim hujan ini habitatnya sedikit terganggu lalu keluar dan timbul di permukaan. Bagaimanapun, kita minta orang ramai khususnya pemancing yang selalu ke kawasan sungai supaya lebih berhati-hati bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini,”

Abdul Malek berkata, beberapa penemuan buaya turut dilaporkan di beberapa kawasan di Terengganu sebelum ini termasuk Besut dan Kuala Nerus. – SINARHARIAN