SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

PGA7 rampas 2,300 botol cecair vape bernilai RM230,000

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Rantau Panjang: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas 2,300 botol cecair vape bernilai RM230,000 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di pangkalan haram Tebu, Lubok Gong, di sini, jam 4 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota membuat rondaan bermotosikal sebelum terserempak dua lelaki sedang memunggah kotak ke dalam bot dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota kemudian mendekati mereka namun kedua-duanya bertindak melarikan diri ke seberang Thailand dengan menggunakan perahu.

“Anggota bertugas menunggu selama 30 minit, tetapi tiada individu yang datang menuntut dan hasil pemeriksaan pada kotak didapati mengandungi cecair vape pelbagai perisa.

“Kesemua cecair vape ini kemudian dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kes disiasat dibawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azhari berkata, tindakan menyeludup cecair vape ke Thailand adalah kerana ia mendapat permintaan tinggi di negara itu selain nilainya lebih mahal berbanding di Malaysia.

“Kita juga difahamkan, Thailand sebuah negara yang mengharamkan penggunaan vape di negaranya, justeru mereka juga memilih cara menyeludup masuk secara haram untuk mendapatkan bekalan.

“Penyeludup mengambil risiko dan peluang untuk membawa masuk cecair vape secara haram, namun pihak kami terus peka mengenal pasti strategi mereka agar ia dapat dibanteras sebaik mungkin,” katanya.

Sumber: My Metro