SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Piala Malaysia 2020 Dibatalkan, Terengganu FC Dapat Tiket Ke Piala AFC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Saingan Piala Malaysia 2020 menjadi mangsa terbaharu COVID-19, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pembatalan kejohanan berprestij itu berkuatkuasa hari ini. Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya harus akur dengan keputusan terbaharu MKN bahawa kerajaan tidak membenarkan Piala Malaysia berlangsung sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

Pembatalan saingan Piala Malaysia bagi musim ini seakan memberi tuah kepada Terengganu FC (TFC) apabila pasukan itu diberikan tiket ke kempen Piala AFC musim depan.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan bersama pengumuman pembatalan kejohanan Piala Malaysia – BERITA HARIAN

Terkini | Popular