Pingat Perak Buat Pemanah Kelahiran Terengganu, Tempah Tiket ke Tokyo 2020

Facebook
Twitter
Google+

Kejayaan atlet pemanah, Khairul Anuar Mohamad menempah tempat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah cukup membanggakan meskipun hanya meraih pingat perak acara Recurve Lelaki pada final Kejohanan Memanah Dunia di ‘s-Hertogenbosch, Belanda, semalam (16 Jun 2019).

Pencapaian pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu dilihat sebagai satu khabar baik yang positif kerana ia pingat sulung buat Malaysia menerusi kejohanan itu.

Tewas di tangan pemanah dari Amerika Syarikat, Brady Ellison, di set penentuan ‘shoot-off’ dengan mata 10-8, perlawanan pada mulanya dilihat sengit apabila kedua-duanya mengikat kedudukan 5-5 di set kelima.

Namun, pada panahan penentuan, Khairul terpaksa akur dengan keputusan itu selepas Ellison mengenepikan cabaran beliau 6-5 bagi merebut gelaran juara dunia acara individu.

 

 

Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara Malaysia, menerusi laman rasmi Twitter, turut memuat naik ucapan syabas dan tahniah kepada pemanah negara itu.

Sumber: Bernama

Foto Bernama

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008