SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

PKPB: Kelantan laksana 19 sekatan jalan raya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MACHANG – Polis Kelantan melaksanakan 19 sekatan jalan raya melibatkan semua daerah di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Sharfien Mamat berkata, jumlah sekatan jalan raya tersebut ditentukan bergantung kepada persempadanan daerah masing-masing.

“Setiap daerah ada yang tiga, ada yang dua dan ada yang satu saja sekatan jalan raya. Daripada 19 sekatan jalan raya ini, seramai 200 anggota dan pegawai bertugas mengikut penggiliran sehingga 6 Disember ini.

“Jadi saya menyeru rakyat Kelantan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan jika ada pergerakan yang sangat perlu, maklumkan kepada kami dan jika tidak, duduk sahaja di rumah,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau meluangkan masa meninjau sekatan jalan raya di Pulai Chondong sempena pelaksanaan PKPB yang bermula malam tadi dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy.

Menurut Sharfien, untuk PKPB kali ini, pihaknya turut memberi perhatian yang khusus kepada beberapa daerah utama terutamanya di Machang yang dilihat sebagai ‘hot spot’ jumlah jangkitan kes tertinggi di negeri ini.

“Apa yang penting ialah patuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan apa yang ditambah oleh kerajaan negeri.

“Kita juga akan bincang SOP lain terutamanya melibatkan aktiviti keagamaan dan sebagainya sebab itu bergantung kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi lain turut sama turun padang membantu pihak polis di semua sekatan jalan raya yang ditetapkan.

“Polis telah memohon bantuan ATM dan dijadualkan bersama kita pada Isnin ini. Saya juga memohon bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing dan agensi tempatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membantu kami dari segi logistik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Terkini | Popular