SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan lagi sehingga 20 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan.

“Sehingga kini, KKM sudah melaksanakan 513 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 53 kes positif Covid-19 direkodkan manakala enam kes baharu direkodkan pada 4 April (semalam).

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, bermula 7 sehingga 20 April,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini seramai 672,766 pekerja warga asing membabitkan 34,873 majikan sudah menjalani ujian saringan Covid-19 yang dikendalikan 1,544 klinik.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,148 orang disahkan positif Covid-19 manakala 662,618 lagi negatif.

“Semalam, lima daripada 1,158 warga asing menjalani ujian saringan didapati positif Covid-19,” katanya.

Sumber: My Metro