SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SEJARAH tercipta pada Rabu petang apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di negara ini.

Suntikan itu dilakukan sekitar pukul 2.40 petang, di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11 dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Untuk rekod, suntikan vaksin yang dilakukan di lengan Muhyiddin dilaksanakan oleh Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya Presint 11, Lina Ibrahim.

Selain Muhyiddin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi majlis itu.

Dalam pada itu, pemerhatian mStar di media sosial mendapati ramai netizen teruja menanti detik bersejarah itu.

Malah, ada yang turut berdebar melihat PM menerima suntikan menerusi siaran langsung itu.

“PM dan KP Kesihatan menerima suntikan pertama vaksin Covid-19. Semoga lepas ni dah boleh hidup seperti tahun 2018.

“Tengok PM yang kena cucuk vaksin, aku pula yang ketar. Sister yang cucuk tu relax je.

“PM menerima suntikan vaksin pertama di Malaysia. Semoga dipermudahkan urusan kita semua juga. InsyaAllah.

“Alhamdulillah selesai live pertama vaksin Covid- 19 kepada PM kita. Semoga kuat dan sihat abah,” tulis netizen.

Sumber: mStar