KE UDARA

Tergantung Sepi

Haqiem Rusli
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Polis Kelantan kenal pasti semua lorong tikus

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR PUTEH – Polis Kelantan sudah mengenalpasti semua ‘lorong tikus’ di negeri ini yang dijangka akan digunakan oleh orang ramai untuk aktiviti rentas negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memperjudikan nasib mereka menggunakan ‘lorong tikus’ pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad depan susulan penguatkuasaan larangan perjalanan rentas negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

“Bukan itu sahaja, kita juga akan menempatkan anggota di semua ‘lorong tikus’ yang sudah dikenalpasti selain melakukan rondaan secara berkala.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berjaya dilakukan sepanjang penguatkuasaan larangan itu,” katanya.

Terdahulu beliau turun padang meninjau operasi sekatan jalan raya Bukit Yong di sini yang merupakan salah satu pintu masuk ke negeri ini. Menurutnya, Polis Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang melanggar peraturan tersebut.

Hasanuddin berkata, operasi melibatkan semua sekatan jalan raya di negeri ini akan terus diperketatkan dari masa ke masa sebagaimana yang disarankan oleh pucuk pimpinan tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Katanya, hal ini bagi mengelakkan berlakunya ‘kebocoran’ disebabkan oleh penyalahgunaan pas perjalanan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mei lalu hingga hari ini lebih 900 individu didapati telah ingkar dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasanuddin berkata, sepanjang tiga hari sebelum dan selepas Aidilfitri pihaknya akan melakukan rondaan dari rumah ke rumah yang mempunyai bilangan kenderaan banyak terutama bernombor plat luar Kelantan.

Katanya, seandainya mereka yang diperiksa itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pelepasan yang sah mereka akan berdepan hukuman sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Terkini | Popular